HUBUNGI KAMI
 
SEKRETARIAT MAKPEN (NSID – 056-30092013)
[15-1-1, TINGKAT 1, JALAN MEDAN PB/2A SEKSYEN 9, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN]

Tel & Fax :03-89261034
 
EN.ZAI BIN MUSTAFA
NO HP : 0126450005

Email : [email protected]


View Larger Map

 
QR CODE
 

 
PAGEVIEWS
 
 
NEGERI
 
 Johor Darul Takzim 
 Kedah Darul Aman 
 Kelantan Darul Naim 
 Melaka Bandaraya Bersejarah 
 Negeri Sembilan Darul Khusus
 Pahang Darul Makmur
 Perak Darul Ridzuan  
 Perlis Indera Kayangan 
 Pulau Pinang Pulau Mutiara 
 Sabah Negeri Di Bawah Bayu 
 Sarawak Bumi Kenyalang 
 Selangor Darul Ehsan 
 Terengganu Darul Iman
 Wilayah Persekutuan
 Wilayah Persekutuan Labuan
 Wilayah Persekutuan Putrajaya
UTAMA / BERITA
 

Lawatan Makpen ke Miri Sarawak

Sidang Media Makpen berkaitan pendidikan negara

Pertemuan Makpen dengan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang

 
Pertemuan Makpen dan Menteri Besar Kelantan

Himpunan NGO Pendidikan bersama Makpen

Pengerusi Makpen Dato Ustaz Abu Bakar Chik
 
Ketua Eksekutif Makpen Mohd Zai Mustafa
 
 
 
MAKPEN
 
Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)

MAKPEN ditubuhkan pada 8hb Januari, 2007 atas kesedaran dan initiatif yang mendalam berkenaan peri pentingnya bagi menangani masalah peminggiran Institusi Pendidikan Islam Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negara ini dan ia telah didaftarkan melalui satu Majlis Ikatan Amanah pada 24hb.April, 2008.Pada tahun 2010 di Konvensyen Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor, telah mencadangkan MAKPEN berperanan sebagai badan payung bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan diperkukuhkan lagi melalui ketetapan Resolusi Persidangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam tahun 2012, yang berperanan menjadi satu badan yang memayungi badan-badan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di setiap negeri di Malaysia.

Selaras dengan itu, MAKPEN berperanan untuk mengumpul, membantu, menyelaras, mengurus, memaju, membangun dan memayungi Institusi Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Negara ini.

MAKPEN diberi mandat untuk menjalankan fungsi-fungsi yang disebut di bawah :
1. Menjadikan MAKPEN sebagai sebuah Lembaga Induk yang memayungi badan-badan yang memiliki Institusi Pusat Pendidikan Islam.

2. Membantu Institusi Pusat Pendidikan Islam untuk mencapai matlamat bersama

3. Menyelaras keperluan anggota Institusi Pusat Pendidikan Islam bagi mencapai kecemerlangan dalam pengajian, pengurusan, hal ehwal pelajar, penyelidikan, latihan pembangunan sumber serta prasarana institusi.

4. Merancang dan melaksanakan aktiviti ekonomi dan pengumpulan dana untuk kepentingan kebajikan dan pembangunan pendidikan.

Definisi Sekolah Agama Rakyat (SAR) – Sekolah-sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif badan-badan setempat tertentu bagi merealisasi aspirasi pendidikan

VISI
 
Menjadi sebuah badan payung yang unggul kepada Institusi Pusat Pendidikan Rakyat di Malaysia      

MISI
 
Menyelaras dan memindah kemahiran pengurusan pentadbiran, pengurusan dana, sistem akreditasi dan membangun Institusi Pelajar dan Guru ke arah mencapaikan kecemerlangan yang tinggi dan melestarikan pendidikan ummah

PEMEGANG AMANAH
 
Y.Bhg. Dato’ Hj Abu Bakar Chik (Pengerusi)
Y.Bhg.Dr Ust Hj Abu Bakar Abdullah
Y.Bhg. Hj Mohd Deraman
Y.Bhg.Prof Dr Ust Kamarulzaman Yusoff
Y.Bhg.En Sazali Mohd Noor
6 Pemegang Amanah yang akan dilantik

PENAUNG & PENASIHAT
 
PENAUNG           : YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim
PENASIHAT I     :  Y.Bhg Dato’ Dr Harun Din
PENASIHAT II   : YAB Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yaakob

AHLI PANEL PERUNDING (INDUK)
 
Y.Bhg Prof Dr Ust Kamarulzaman Yusoff
Y.Bhg Dr Ust Hj Abu Bakar Abdullah
Y.Bhg Prof Dr Zainal Abidin Kidam
Y.Bhg Prof Dr Mohd Fuad Salleh
Y.Bhg Prof Madya Dr Abdul Latif Ibrahim
Y.Bhg Prof Shahrir Md Zin

STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN & OPERASI
 

PENGERUSI & PENGARAH (PENTADBIRAN & OPERASI)
 

BIL

JAWATAN

NAMA

1

Pengerusi

Y.Bhg. Dato’ Hj Abu Bakar Chik

2

Timbalan Pengerusi

Y.Bhg. Ustaz Najmul

3

Ketua Eksekutif (Merangkap Pengarah Bahagian Wakaf & Aset)

En.Mohd Zai Mustafa

4

Pengarah Bahagian Kewangan & Prasarana

Tn Hj Najib Hj Ahmad

5

Pengarah Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Sekolah

Cikgu Azrin Abd Majid

6

Pengarah Bahagian Penilaian & Akreditasi

Prof Dr Mohd Fuad Salleh

7

Pengarah Bahagian Latihan & Pembangunan Kurikulum

Cikgu Anuar Mohd Ali

8

Pengarah Hal Ehwal Murid & Kokurikulum

YB Ust Rosli Jabar

9

Pembantu Khas

Pn Nor Hashimah Ab Ghani


SKOP & BIDANG TUGAS
 
- Mengumpul Badan-badan Payung Institusi Pendidikan Rakyat di setiap negeri untuk menjadi entitI MAKPEN
- Menyelia dan menyelaras Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
- Menyelaras dan menguruskan Sistem Pendidikan SAR serta menwujudkan Badan Akreditasi Pengajian
- Menyelaras dan mengurus Dana dan Harta bagi tujuan pembangunan Institusi Pendidikan Rakyat
- Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan kepada Institusi Pendidikan Islam (SAR)
- Menjadi Badan Perunding keada kelangsungan kecemerlangan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi (IPT)

ENTITI MAKPEN
 
- Kumpulan Sekolah Maahad Tahfiz & Tarbiyyah (KMTT)
- Hal Ehwal SAR (HESA Kedah)
- Majlis Perwakilan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS)
- Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah (PPPIS)
- Majlis Pendidikan Islam Johor (MAPIJ)
- Jabatan Pembanguan Institusi Pendidikan PAS
- Pertubuhan Pendidikan Islam Negeri-Negeri ( Pahang, Negeri   Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan
   Sarawak)

CARTA ORGANISASI MAKPEN
 
Klik gambar untuk memperbesarkan
 
 
 
External Links
 
      
 
 
 
© 2014 Makpen. All Right Reserved.